top of page

Untuk membuat perubahan ketara dalam hiasan dalaman rumah,menukar wajah perabot sedia ada adalah satu kemestian.Tidak semestinya anda perlu menukar perabot lama anda kepada yang baru,cukup dengan hanya menukarkan warna perabot tersebut bersesuaian dengan citarasa anda.

Contohnya,jika anda ingin mengubah konsep dekorasi anda kepada 'English Style',anda boleh menukarkan warna perabot sedia ada di dalam rumah kepada warna putih bersih.Atau anda ingin mengubah konsep rumah kepada 'Italian',anda boleh menukarkan warna perabot dengan warna perak,krim atau keemasan.Begitu juga jika anda masih ingin mengekalkan konsep kayu asli,cukup dengan hanya mengecat lapisan warna kayu semula untuk menjadikannya seperti baru.Terpulang semuanya kepada anda.

Dthukang Upholstery kini menawarkan perkhidmatan mengecat semula perabot lama anda dengan harga yang berpatutan.Dapatkan sebutharga segera dengan menghantar gambar perabot yang ingin di cat semula melalui Whatsapp ke nombor 019-642 8918.Ejen jualan kami akan memberikan maklumbalas dengan segera.

bottom of page